Kenenisa Bekele’s tips - 30 Days Marathon
1. Hari ini 9 Rejab. 51 hari lagi menjelang Ramadhan.
2. Kita selalu fikir Ramadhan adalah bulan latihan untuk kita, sebagai bekalan untuk mengharungi bulan-bulan yang lain. Tapi kita sebenarnya telah silap!
3. Ramadhan sepatutnya umpama pertandingan ‘30 Days Marathon’ untuk Muslim seluruh dunia.
4. Sudah berapa kali kita menjadi pelari yang slow down sebelum penamat, atau terus stop daripada menamatkan larian 30 Days Marathon? Yang kita sudah tahu ganjaran besar yang bakal kita dapat jika berjaya menamatkan perlumbaan tersebut.
5. Aku sudah 22 tahun, aku fikir sudah 22 kali juga aku gagal untuk menamatkan larian 30 Days Marathon aku. Argh! Tidak untuk kali yang ke 23!
6. Oleh itu, aku telah membaca kisah Kenenisa Bekele, (pemegang rekod dunia larian trek 5km dan 10km) di beberapa website, dan aku sudah punya kesimpulan mengenai rahsia kejayaan beliau (aku kongsi di point 7, 8 & 9), sehingga mampu menamatkan larian beliau dengan jaya, amat kontras dengan aku yang sering gagal dalam 30 Days of Marathon yang saban tahun aku sertai.
7. Before the race : “Yes, I often dream of winning a race.” and “Yes, I’ve been planning and following my own training schedule for the past two years.” Bekele ambil masa dua tahun untuk berjaya. Kita juga sebenarnya ada peluang yang sama. Punya 11 bulan untuk mengharungi 30 Days of Marathon (Ramadhan). Syaratnya, kita kena gunakan 11 bulan yang telah diberi dengan sebaiknya sebagai latihan untuk diri kita. Barulah kita ada kapasiti ‘endurance’ yang secukupnya untuk menamatkan 30 Days Marathon dengan jaya umpama Bekele!
8. During the race : “He ran a smart race, keeping up front, but ensuring the pace wasn’t too painful. True to form, he relied on his trademark late-race surge to win.” Kita kena mula dengan pace yang betul agar pita selesa dan tidak stop di pertengahan jalan, dan gunakan 10 malam terakhir untuk buat pecut ke garisan penamat, umpama Bekele yang gunakan strategi late-race surge untuk menang!
9. After the race : “I know I’ve achieved a lot already but I still want to improve my personal bests. Also, I just love running; it gives me so much pleasure.” Selepas kita berjaya harungi 30 Days Marathon dengan jaya, jangan pernah berpuas hati tapi terus istiqamah dan membuat lebih baik lagi untuk 30 Days Marathon akan datang setahun hadapannya!
10. Nak berjaya, kena tiru strategi orang berjaya macam Bekele! Aku sudah ada solusi untuk berjaya dalam 30 Days Marathon (Ramadhan) aku, kauorang bagaimana? Kita masih punya 51 hari untuk berlatih, aku kira masih belum lambat.
Jazakumullah khair kerana membaca. Moga sampai makna. Allahualam.
(Source: alyibnawi, via malaysiangirl)
Even Koreans wanna fight for our Palestinian brothers. How about us, the so-called Muslim?
Credit to ukhti Khairunnisa Rozman.
“We are not in search of death, we are looking for real life.” Our solidarity with those prisoners who participate in hunger-strike rally. Allahuakbar.
(Source: visualizingpalestine)
Kenapa aku sokong perjuangan Syria, Palestin, Occupy Movement etc?
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
[5 : 8]
1. Jika di Syria, punya Syaitan Bashar Assad yang mahu dirinya dituhankan tetapi terdapat juga rakyat yang masih berpaksi segalanya kepada Allah. Lantas, puak yang kedua ini ditindas, dibunuh kerana tidak ingin bertuhankan Syaitan Bashar Assad, lantas punya rakyat yang merasa diri dizalimi dan keadilan tidak ditegakkan.
2. Jika di Amerika, puak Kapitalis mendominasi ekonomi, menebalkan jurang antara yang kaya dan miskin. Millionaire jadi billionaire, miskin jadi fakir. Lantas punya rakyat yang merasa diri dizalimi dan keadilan tidak ditegakkan.
3. Jika di Arab Saudi, punya undang-undang berlandaskan Syariah, tetapi penafsiran mereka sangatlah ekstrim sehingga wanita-wanita mereka dinafikan hak yang sepatutnya mereka layak terima. Lantas punya rakyat yang merasa diri dizalimi dan keadilan tidak ditegakkan.
4. Jika di Gaza dan Al-Quds, punya kerajaan haram Israel yang menafikan hak kaum selain Yahudi untuk beribadah di masjid Al-Aqsa, walhal pada masa Islam memerintah, semua boleh beribadah di sana. Individu-individu yang memperjuangkan nasib rakyat negara itu dipenjara tanpa bicara. Lantas punya rakyat yang merasa diri dizalimi dan keadilan tidak ditegakkan.
5. Mahu juga aku ceritakan keadaan di negara-negara Eropah, Afrika, Asia etc. Banyak sungguh ketidakadilan di serata dunia ini, jika kita memang melihat. Ah! Aku juga kadang lelah untuk membaca berita begini setiap hari, penuh dengan kezaliman!
6. Masih ingat lagi, kita dihidupkan di dunia untuk dua perkara ; 1. [51 : 56] 2. [2:30] (*Sila rujuk al-Quran)
7. Jika kita sedang laksanakan dua perkara di atas, baguslah. Tapi cuba kau lihat sekeliling? Masih ramai yang tidak melaksanakan dua-dua tanggungjawab di atas. Dua-dua ya, bukan salah satu.
8. Oleh itu, kita berperanan untuk mengajak mereka kembali menjalankan kewajipan manusia yang sebenar, agar mereka bertaqwa.
9. Tapi, ada orang yang sudah merasakan peranan untuk mengajak orang kepada Taqwa, namun menyokong (atau mungkin tidak sedar sedang menyokong) ketidakadilan di dunia ini.
10. Pernah baca kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz sehingga beliau digelar Khalifah kelima, setanding Khulafa’ Ar-Rasyidin? Pernah terdengar, semasa pimpinan beliau harta Baitul Mal melimpah ruah kerana ketiadaan orang miskin. Juga, dalam masa hanya dua tahun Khalifah Umar sudah boleh menghantar utusan dakwah ke China (buktikan bahawa pengaruh Islam ketika itu amat luas. Bayangkan!
11. Mana mungkin negara yang tidak adil, punya rakyat yang semuanya tidak memerlukan duit zakat (zakat kan untuk orang yang miskin etc etc, so tunjukkan bahawa rakyat pada zaman itu semua kaya). Lepas dah kaya, baru boleh hantar utusan ke China. Kalau miskin, boleh? Apakah kunci kejayaan ketika beliau memimpin? Rumusannya, beliau menegakkan keadilan terlebih dahulu.
12. Apa kaitan antara tujuan manusia dihidupkan di dunia dengan tegakkan keadilan? Sudah baca surah 5 ayat 8 tadi? “…adil itu lebih dekat dengan taqwa…” Harus kita ingat, kita ingin berjuang, berdemonstrasi, berhimpun menegakkan keadilan kerana apa? Cuba baca sekali lagi ”…adil itu lebih dekat dengan taqwa…”. Nampak sudah?
13. Untuk dapatkan orang beriman dan bertakwa, kita perlu tegakkan keadilan terlebih dahulu kerana “..adil itu kan lebih dekat dengan taqwa…” So kita menyokong segala usaha untuk keadilan ditegakkan kerana kita nak semua orang menjalankan tugas mereka, dua tujuan mereka diciptakan di dunia ini. Lihat contoh di negara Islam ideal Madinah pimpinan Rasulullah dulu, setiap pedagang dari luar yang bertandang ke Madinah ketika itu pasti akan keluar kembali dari Madinah sebagai seorang Muslim. Kerana mereka sudah lihat keadilan yang ditegakkan Rasulullah di Madinah.
14. Contoh lagi (mungkin contoh ini lebih dekat dengan kita). Trend zaman ini ; Kita belajar dan dapat kerja. Ambil masa berpuluh tahun untuk kaya. Bila kita akan kaya? Masa tua! Bila dah tua, fikiran akan ingat mati. Tapi sebenarnya bukan sebab tua kita fikir mati, sebab masa itu kita sudah stabil dan kaya. Kerana kan Allah cakap tadi, “…adil itu lebih dekat dengan Taqwa..” Bila kita sudah merasa keadilan untuk diri kita, baru kita akan lebih spiritual, lebih beriman dan bertakwa.
15. Konklusinya, kita kena tegakkan keadilan terlebih dahulu, supaya mudah untuk manusia kembali bertaqwa kepada Allah, sekaligus memenuhi tujuan mereka diciptakan di dunia. Kerana kita percaya, itu sajalah cara untuk kita berlepas diri dari azab api neraka, iaitu bilamana semua orang sudah disentuh, merasai nikmat Islam supaya kafirun yang tidak ingin mengikut Islam tidak akan menyalahkan kita, menarik kita ke Neraka kerana kita tidak tunjukkan kepada mereka Islam yang syumul ini
Jazakumullah khair kepada pembaca yang membaca sampai habis. Mungkin sampai maksud, mungkin tidak. Hanya Allah pemberi tunjuk. Amin.
Fitrah manusia cintakan keadilan. Tapi bila keadilan itu menggugat kepentingan peribadi, pelbagai alasan dikemukakan untuk menutup sebuah kezaliman.
Allahu akbar.
Anonymous: Oh. Okay. Then, masa program persediaan tu kan, tak belajar ke bahasa Korea?
Belajar bahasa Korea di INTEC UiTM Shah Alam selama 9 bulan, then kalau lepas akan diterbangkan ke Korea. Di Korea akan belajar bahasa Korea selama setahun sebelum sambung belajar bidang yang diminati di universiti yang menjadi pilihan hati.
What is Knowledge, and Why do I teach? by Farish A Noor
[Copied from here. Such a great read that i wanted to share]
Today I did something out of the ordinary, and I spoke to primary 6 students at Jiemin Primary School for their careers’ day talk session. They invited me to speak about teaching, and so I spoke about ‘What is Knowledge, and Why do I teach?’, and this is what I said:
“What is knowledge? Now all of you are in primary six so obviously I am much older than you; and when I was your age there were many things that you see today that werent even around: There was no facebook, no internet, no handphones, no Iphones, no Ithis, no Ithat. Back then we were still using blackboards and chalk, and back then even the phones had dials on them which most of you may have never seen. But even then, teaching was the same as it is today, and the aim of teaching is to impart information so that we can produce knowledge - together.
So this is what I want to start with: What is knowledge? Now, you need to realise that books do not contain knowledge, no matter how sophisticated they are. Maybe by the time you get to secondary school books will be reduced to tiny microchips that you can download. Maybe by then the technology will be so sophisticated you can download everything on the net. But even so, books do not contain knowledge per se- they only contain information. So how do we get knowledge? Where do we find it? We find it here, in school, in class. Because knowledge, you see, is something we produce together. We produce knowledge when we discuss together, and ask questions together. Thats why we say that knowledge is a social thing. Books in themselves cannot do anything. We need to read them, and more importantly we need to discuss and question them.
Why do we need to question, you ask? Well, think of all the books you are reading now. How did all that information get into those books you read - books on geography, physics, literature, etc? That information is the result of generations of scholars asking questions. Sometimes we need to keep asking even if we think we already know the answer. Hundreds of years ago people thought the earth was flat; or that the sun went around the earth, and not the other way round. Today we know better- but why? Because someone asked. Because someone questioned. To question, to ask, to be curious to know- this is the first step in getting knowledge. We need to ask all the time, and in the process we all produce knowledge. Even you, though you may not realise it. As you are asking me questions now, you are also engaged in knowledge-production. And thats what your teachers and I are trying to do: we are inviting you to think, to ask questions. Thats why knowledge is social, because we develop ittogether; including all of you in your classes.
And you know whats great about knowledge-seeking? Its something that nobody can take away from you.
Im lucky because since I was your age I wanted to be a teacher. Some of you may be thinking of doing that too, and I hope that you will. Why? Because as teachers we work for society, for our communities, for our nation. I knew I would never be rich being a teacher, and there are no rich teachers! But we are rich in another way, because we gain knowledge which we share with others. Teaching is about that: Its about encouraging and inviting students like you to think, so that we all build our knowledge together, and that our society will grow wiser in the future. Thats why your school books are the result of years of thinking and discussing and questioning, and thats why you must always think and question in class; ask questions to your teachers, and to each other.
And the best thing about this search for knowledge is that is never ends, and will always stay with you. Maybe after school you want to have a cheeseburger. Maybe you wish you could have ten cheeseburgers! But hold on, after one burger you are already full. But with knowledge, its like we have a magical box that can expand and keep expanding. No matter how much we read, we can read more, learn more, remember more. And with that we grow into better, more knowledgeable and wiser people. Its an amazing gift that we should not take for granted, and its a gift that we can pass on to our kids and their kids after. Its something that makes us all better, and we are richer as a result. And that is why I love to learn and love to teach, and that is why my students have taught me too, by asking me questions. I hope that all of you will love to learn as well, and as you do so you will become - and you already are - scholars as well, part of a global family of knowledge-seekers.”
Anonymous: Assalamualaikum. Tumpang tanya boleh? Di bahagian "About Me", saudara menyatakan bahawa saudara belajar di Korea. Kalau belajar di sana, bahasa apa yang digunakan di dalam kelas? Bahasa Inggeris kah atau Bahasa Korea?
Waalaikumsalam WBT
Kita boleh memilih untuk ambil kelas yang menggunakan bahasa Korea atau English sebagai medium pembelajaran.
Tapi selalu juga, dikatakan lecture akan dijalankan menggunakan bahasa Inggeris, tetapi bahasa Korea yang banyak digunakan kecuali jika lecturer yang mengajar itu foreigner seperti kita, memang kelas akan fully in English lah.
So nak tak nak, kalau ingin melanjutkan pengajian di Korea Selatan, perlu sedikit mahir menggunakan bahasa Korea (at least boleh menulis dan membaca).
Harap membantu.
Cita-cita melangit hingga ke syurga,
bukan takat jayanya di dunia fana;
menulis juga demikian rupa,
bukan kerana mengejar nama,
juga bukan manisan untuk pembaca,
tulisan panjang berjela-jela,
jika isinya langka, apa guna?
Kerna ini aku menulis;
ingin mendiri logam manusia,
sebagaimana Rasullullah membina sahabatnya;
mengguna segala macam cara,
hingga luas sebarnya ke setiap loka.
Cita-cita untuk ke syurga,
melabur saham akhirat jua,
kerana Allah, tuhan sekalian makhluk dunia.
p/s : Merepek di kala musim peperiksaan. Moga ekpresi ini sampai makna.
Memahami manusia sebagai manusia - sungguh, ini yang kita perlu.
“Aku bukan nasionalis, bukan katolik, bukan sosialis. Aku bukan buddha, bukan protestan, bukan westernis. Aku bukan komunis. Aku bukan humanis. Aku adalah semuanya. Mudah-mudahan inilah yang disebut muslim. Aku ingin orang menilai dan memandangku sebagai suatu kemutlakan tanpa menghubung-hubungkan dari kelompok mana saya termasuk serta dari aliran apa saya berangkat. Memahami manusia sebagai manusia.” - Ahmad Wahib (Catatan Harian 9 Oktober 1969)
